Pages

Sunday, 26 June 2016

TEMUDUGA PSYCHOLOGY COUNSELLING UMS

assalamualaikum dan salam sejahtera

HI... rasa macam mengantuk tapi tak boleh tidoq wuu haha dah berapa malam asyik tidoq lewat nih hahah

so nak lah share sikit pasal pengalaman interview course psychology counselling (University Malaysia Sabah)
surat panggilan temuduga, sebelum dipanggil temuduga yang betul saya kena jawab soalan psikometri dulu and kena lulus ujian tu lah... bila dah lulus ujian tu semaklah nama anda di web ums sendiri and dia akan buat shortlist mengikut zon... so hati-II lah yaa..
so diberi pilihan sama ada iv dekat kelantan mahupun KL... dan sudah semestinya lah pilih KL kan.. dah lah baru balik sangat dari kelantan and nak pergi pulak lagi sekali err tak kot haha

so  pergila saya ke shah alam berseorangan dari langkawi dengan menaiki bas dari kuala perlis hahah.. dah berani dah sikit naik bas hahah... masa ni tarikh iv 2 jun 2016 awal bulan dan musim cuti sekolah flight totally mahal gila apak.. and mostly dah sold out hahah

IV ni berjalan di FAKULTI KEJURUTERAAN University Malaya di KL haha so thanks to my elong yang tolong bawakkan ke UM,  sampai kelentong boss cakap ada dekat site kan haha ELONG MASUK KERJA LAMBAT hahah

jadi masa ada dekat sana kami dikuarantinkan dalam conference room sebelum dipanggil.. cara panggilanya aneh sikit haha dia utamakna zon tengah dulu yang zon kelantan last baru dia panggil hahha  so mereputlah dekat situ sampai ke petang.. 

my turned was at 3.00 PM like that lah haha... 

soalan pertama yang ditanya
- Perkenalkan diri anda dan course Psychology Counseling ni pilihan keberapa
- open to current issues..( pendapat awak tentang GST) huu berpeluh kepalah otak nak fikir isi dah macam exam muet dah rasa hahha
- apa ciri-II kaunselor yang ada pada awak
-last soalan membunuh.. kenapa UMS pilihan ketiga dan bukan yang pertama... mostly student bagi alasan parent lah kann hahaha sabah jauh kot

so far semua jalan lancar walaupun entah apa kebenda aku merapu dalam IV room tu haha yang penting confident ja jawab wahahah so far semuanya dalam bahasa melayu... kalau korang jenis buta bahasa melayu boleh ja nak speak in english pun... ahhaha yang interview saya masa tu nama dia PROF NADZRIN hahah macam mana saya boleh tau hahah.. masa nak balik lahh semua orang dah balik an i'm the last one candidate yang duk lepak dekat lobby room fakulti kejuruteraan tu hahah... sementara tunggu elong habi kerja dekat office so kita reputkan diri dulu lahh.. haha
so anyak jugaklah saya dapat sembang dengan prof tu pasal kos psychology ni hahahah  haishh haraplah dapat jumpa prof lagi yaaa... 




haa ni lah fakulti tu haha banyak mat salleh jugak indonesia pun ada haha 



haa ni entrance dia lah and mamat yang perasan tu nama dia azri kuliah mate dekat kolej matrix dulu haha tak sangka dapat iv sekali and aku tak sangka jugak dia pun minta course ni haha nampak macam ganas gila tapi lahai hahaha 

so tercapai lah jugak hasrat aku untuk nak jejak kaki ke university terkemuka di malaysia ni kan hahah walaupun bukan sebagai seorang pelajar hahah... anyway suasana dia best gila masa duk tunggu elong nak mai ambil tu aku nampak attitude diorang yang bagus lahh macam beratur sebelum naik bas hahah dah macam budak sekololah rendah hahah bagus bagus syabas dan tahniah 

SAYA HARAP SAYA DAPAT PERGI JAUH DARI LANGKAWI, MERANTAU MENCARI ILMU DI NEGERI ORANG.. DALAM HADIS PUN ADA CAKAP SURUH KITA TINGGALKAN TEMAT TINGGAL DAN PERGILAH MENUNTUT ILMU SO FAR I HOPE MY IBU WILL UNDERSTAND WHY I'M CHOOSING UMS 








1 comment:

  1. Salam, saya nak tanya, untuk soalan psikometrik tu mcm mna ye bentuk soalan dia?

    ReplyDelete