Pages

Friday, 2 September 2016

KOLEJ MATRIKULASI KEDAH ---->UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

assalamualaikum dan salam sejahtera

hello hello hello..
hi selamat petang salam satu UMT.. ehh haha ya ya ya saya tak dapat UMS .. dapat University Malaysia Terengganu sahaja.. berkat doa ameer izzuddin jugaklah kan sebab dia tak mau aku p sabah *mata keatas* so 28 august yang lalu aku dah pun mendaftar sebagai pelajar University Malaysia terengganu yang terletak di gong badak dan aku buat jurusan sains komputer dengan informatik maritime dibawah fakulti pengajian informatik dan matematik gunaan..
ni haa surat tawaran nya
so lepas dah daftarn alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan pendaftaran, sangat cepat dan pantas tak perlu nk que dua tiga jam.. proses dalam 10 minit ja... so aku di tempatkan di kolej siswa blok 1 a.k.a B1 and alhamudlillah lagi aku tak dapat blok ATT haha sebab blok ATT ni bilik nya kecil dan katil double decker.. gayut saya tinggi-II ni.. so far aku di tempatkan di apartment lahh.. bilik pun okayh satu bilik dua orang dan aku tinggal  di aras 5 haha mau kurus aku masa grad nanti wahaha
tempat buat eye shit ahahaha penyu tu buat teman tidoq
so bermula lah  sesi minggu jalinan mesra 2016/2017 so far alhamudulillah tak awkward sangat sebab ramai budak KMK dekat UMT even my ROOMATE pun dari kmk juga haha tak adalah pulak perasaan nak lari jauh-II and homesick hahah saya dah besar dah tak homesick dah wahahah

so far fasilitator MJM2016  ni telah ubah persepsi aku untuk minggu orientasi yang dimomokan dengan regging oleh senior, depa baik-II belaka ...  minggu jalinan mesra ni berjalan 3 hari sahaja so penat sikit lah sebab nak pack kan aktiviti dalam 3 hari..
selfie majlis lafaz ikrar yang buat  peace belakang tu kmk yang acah hensem sebelah kanan tu pun kmk student juga... 

ada hikmah juga kami tertendang kebelakang sebab tak cukup kerusi untuk tenaga pengajar.. kami sempat selfie dengan naib canselor UMT atau pun Bonda 

cari aku kalau jumpa aku bagi singgit 

ni sambutan ambang merdeka.. persembahan ok lah cuma terlalu ramai pulak prof-II nak bersajak dan telah menjadi ubat tidoq bagi kami semua haha 




habis mjm kami sewa kereta p beli sedikit barang keperluan dan pusing-II sekitar kuala terengganu.. banyak duit habis... pergi penuh duit balik penuh resit



Monday, 1 August 2016

PESAKIT MENTAL KAH AKU?

assalamualaikum dan salam sejahtera

HI.. so sekarang baru ada mood nak menulis huhh setelah beberapa dugaan dan cabaran yang telah diterima haha

sambung lagi pasal 3 serangkai tu..

aku dah cuba untuk terima 3 orang tu as kawan baru lah dalam hidup ni.. and lepas ja aku lafazkan "ya adik cuba untuk terima depa dalam family kita" masa ni tengah jalan-II dengan kakak sambil meluahkan perasaan haha.. jadi lepas ja aku cakap macam tu and tiba-II ibu habaq ajak keluar makan ice-cream dekat chenang.. so dengan muka yang fake gila syaiton senyum ja lah kan and pergi bersiap pula untuk keluar buat kali kedua malam tu

actually depa bertiga tu tak lah teruk mana pun.. and tak ada buat apa apa pasal dengan aku pun and tak pernah nak jeling aku ka apa kah malah still bercakap dengan baik.. so nampak aku ni sangatlah mental kan haha dasar melayu bersifat dengki hahah.. malam tu aku adalah berbual sikit dengan husband dia tu.. dia tanya aku pasal aku sambung study.. and dia tanya bila nak ke sabah.. hahaha lek arhh brader baru p interview belum tentu dapat lagi hahah... so takat tu ja lah perbualan haha aku nih memang jenis malas nak bercakap dengan strangers.. tapi disebabkan kata-II aku tu aku still keep on smiling bila ada dengan diorang hahah

ni kali ke dua lah aku jamah benda lah ni haha so far still superb marvellous hahah 

straciatella haha tapi rasa macam nak ala-II susu tak susu ahahaha 

jadi pulanglah aku malam tu kerumah... and in the same week my ibu dah plan untuk pergi picnic.. and Iwas Like ouh goshh mesti best nih.. boleh ajak husin dan hasan *bukan nama sebenar* tu main frisbeee memandangkan anjing pun tak sudi main dengan aku kan haha so nak lah ajak depa dua tu termasuk kakak aku sekali main... and aku minta juga kakak adjust bgi dapat picnic dekat pantai

**********
tibalah hari nak p picnic tu.. lepas subuh aku main phone sat sampai pukul 7.00 and then tidoq balik haha sampai lah pukul 11.00... tapi kan masa hari tu aku rasa sedih sangat bila terkenangkan al kisah dulu-II... aku dah rasa moody and tak mau p picnic.. and aku berdoa agar hujan turun dengan lebat selebat-lebatnya.. and Allah makbulkan permintaan aku.. Alhamdullilah... tapi.. perancangan dia lebih besar kan.. ibu still nak go on dengan plan tu.. and aku dah start rasa sedih yang teramat sangat-II sampai aku marah kakak aku bila dia tanya and terus masuk bilik dan menangis sepuas-puasnya bertekupkan bantal... 

entahlah aku  ni mungkin ada masalah mental kot.. orang ajak p picnic ja pun bukan ajak p berperang.. hahah tapi serius aku dah lama tak menangis and kali ni aku menangis sangat teruk gila-II *bodoh punya jantan* hahah 

sampai ja dekat pantai aku tak makan langsung.. aku pilih untuk menyendiri.. p lah ke merata tempat untuk ambil gambar... and my sister minta ambil gambar dia and aku cakap tak mau... semua benda aku tak mau .. apa orang cakap aku cakap tak mau.. tak mau tak mau.. waktu tu aku rasa baran aku dah mai balik.. aku rasa macam nak sepak segala makanan yang ada.. nak tengking semua orang.. nak cekik orang semua ada... tapi... aku still dalam lindungan lagi tak bertukar jadi syaitan lagi hahaha lihatlah bertapa teruknya perangai aku kan...  pi sana buat perangai and then sombong dengan orang tak tentu hala.. haha itulah ayat yang aku kena dengan kakak aku.... so aku blah dari situ.. p cari tempat lain... tak mau nak berlaku pergaduhan kat situ... 

memang aku sombong.. memang aku jahat...  memang aku tak peduli dekat orang pun haha tulah aku rasa aku dah ada mental problem kot.... so stay away from me.. kalau aku dah tak suka tu hang p lah jauhkan diri.. suatu hari nanti insyallah aku boleh terima hang.. itulah aku Aizat Adnan yang bodoh sombong dan bongkak.. 





ni ja lah cara untuk aku happykan diri sendiri.. shoot gambar edit and then upload insta.. at least aku dapat kurangkan kesedihan aku yang ntah apa apa tu kan.. 

anyway semalam kami keluar dinner lagi dengan tiga serangkai tu.. and aku tabhakan hati and tak nangis pun semalam wahahaha tapi.. aku satu jaa.. aku tak boleh lah nak tengok muka depa.. entahlah.. 

aku harap sangat result upu kali ni akan baling aku jauh ke sabah atau sarawak.. aku cuma tak mau nak keruhkan keadaan biaq lah aku tak tau apa yang terjadi dekat sini... kalu ibu aku nak sayang depa lebih pun aku tak kisah asal jangan di depan mata aku sudah lah... 

p/s: anak yang mental




Tuesday, 19 July 2016

DERHAKA KAH AKU

assalamualaikum dan salam sejahtera

lepas ja tamat pengajian di kolej matrikulasi kedah aku pun baliklah ke rumah, dan aku sedar aku sikit berubah dah tak macam dulu.. yapss aku dah kurang nak bercakap dengan family aku.. especially ibu.. yaa aku tau ibu banyak kecil hati dengan aku sebab aku jarang bercakap dengan ibu dah.. kalau cakap pun kurang dari 10 patah perkataan..

********
semuanya sebab aku kecil hati dengan ibu masa di kolej lagi... belajar di kolej matrikulasi membuatkan aku hanya dapat pulang sebulan sekali sahaja.. rindu pada family memang dah tak tertanggung.. kalau hari nak balik tu aku dah tak senang duduk dah nak pergi kelas pun.. and always make countdown untuk nak balik..

but satu ketika bila balik.. ibu tak tanya sangat about my study.. and everyday akan dengar nama ahmad mus and cikgu... tiga orang ni pendatang baru dalam hidup family aku.. kawan rapat ibu lah.. and they help a lot dalam sesi perubatan islam ibu... for me tak kisah ibu nak balas budi diorang sebab dah bnayak tolong ur family.... tapi.. apa yang ibu buat tu macam dah melebih-lebih

waktu makan aku akan dengar nama diorang, masa naik kereta aku akan dengar nama diorang.. and masa aku balik tu kerap juga diorang datang rumah untuk dinner sekali... come on aku balik sebulan sekali ja kot.. tolonglah jangan buat aku macam ni... sedih sangat-II aku rasa macam aku nih tak penting pun..

apa yang diorang dapat.. aku tak dapat.. like keluar minum petang dekat hujung airport.. serius aku nak sangat benda tu jadi dalam family aku.. keluar pergi santai sama.. kalau aku dengan kakak ajak mesti ibu bagi alasan macam-II , tapi kalau tiga serangkai tu ajak.. tanpa fikir panjang ibu boleh pergi..

yaa.. tak dinafikan diaorag tu baik.. masa ibu pergi melaka my family dapat layanan yang sangat baik and ibu punya niat nak balas balik diorang punya budi.., tapi tolonglah jangan melebih.. ya.. aku mengaku aku jealous sangat-II, sangat sangat sangat cemburu.. aku rasa macam layanan diorang dapat tu melebihi apa yang aku dapat..

selepas kejdian tu   aku pernah tegur ibu aku jangan melebih-lebih kalau nak balas budi.. sebab masa tu aku dapat whatsapp mesej, ibu tanya apa yang aku tak puas hati sebab dia nampak aku macam memberontak.. so aku cakap lah jangan melebih-lebih.. and at the end kami bergaduh besar even my sisterr pun involved sekali..

start pada situ aku dah malas nak mesej ibu.. dekat kolej aku cuba ubati kesunyian.. aku rapatkan hubungan dengan kawan-II sampai kekadang aku tak teringat langsung dekat family.. and aku rasa malas sangat nak balik rumah kalau waktu cuti... bagi aku kalau balik pun ibu tak kisah sangat pun dekat aku.. dia dah ada orang yang boleh jag hati dia.. bukan macam aku... langsung tak pandai jaga hati seorang ibu kan... yaa aku jujur aku tak pandai nak pergi duduk dan taya ibu ok ka sakit dekat mana...  so aku fikir fair and square lah aku tak pandai treat ibu aku masa sakit and ibu pun tak kisah pasal pelajaran aku..

hati aku makin keras.. aku makin sombong.. itu terjadi.. aku suka lawan cakap ibu.. tapi dalam hati jaa... itulah aku sekarang ni.. ibu pernah menangis sebab aku tak cakap dengan dia.. sangat.. entah aku pun tak tahu kenapa aku jadi macam ni.. lepas ja balik dari kolej aku tak suka sangat duduk dalam rumah.. aku lebih suka keluar.. leas ja habis study aku pergi travel ke kelantan.. and then balik sekejap lepas tu pergi ke tuba island... lepas sikit pada tu pergi  KL and then sambung balik pergi kolej untuk jadi Pembantu Fasilitator.. so lekat dekat rumah pun kejap-II ja.. and ibu pun ada terasa hati pasal tu sebab 1st ramadhan tak bersama.. aku di kolej waktu tu..

sekarang dah tak ada duit so mereput.. rutin aku di rumah bangun pagi kemas rumah lepas tu perap dalam bilik.. and aku akan cuba avoid untuk makan sekali.. sebab kalau makan sekali hati aku mungkin akan lebih sakit.. aku cuba lagak cool tak ada apa yang berlaku tapi.. hakikatnya aku nak menangis sepuas-puasnya... aku nekad untuk study jauh-II sebab orang cakap bila berjauh ni dia bau wangi.. and hope long distance relationship akan lebih ok... tak dak gaduh-II harap dapat lah UMS...

aku dah malas nak bergaduh dengan ibu, kalau aku luahkan semuanya apa yang aku rasa mungkin aku yang kena marah balik.. and ibu tak cuba untuk faham perasaan anak-II dia.. aku tak pernah share masalah dengan ibu.. sebab ibu bukan jenis suka dengar masalah orang and kalau share mungkin tak ada solution langsung and kalau lagi teruk aku kena marah balik.. so aku lebih memilih memendam rasa..

anak mana tak sayang ibu dia kan.. aku cuba untuk berbaik dengan ibu tapi.. ya allah susah rasa dia.. aku pun.. haishh.. apa lah nak jadi dengan hidup aku.. mungkin neraka tempat aku nanti.. tak selamat hidup aku di dunia... dan akhirat....

-anak terakhir yang derhaka



Friday, 1 July 2016

PERNGAI PELIK WANITA BERGELAR IBU

assalamualaikum dan salam sejahtera

huuuuu.. haa mengeluh panjang kan haha yaa memandangkan hari raya pun akan menjelma lagi beberapa hari so wajiblah kemas rumahkan, so masa tadi bangun ja tidur tengok ibu dah penuh dah kemaskan barang dekat cabinet di dapur ouh shit haha banyak gila mangkuk pinggan dah macam rumah kena samun hahah sepahnyaa.. hailahh ni lah perangai ibu-II suka simpan barang banyak-II walupun dia sendiri tak guna hahah

my ibu ada satu lagi perangai pelik dia suka pada barang tapi tak guna pun hahah, macam mangkuk pinggan dia beli dan simpan , set cawan minum petang semua ada tapi disimpan... barang elektrik jangan nak cakap lah rasanya canggih-II belaka, food processor breakfast maker porridge maker herb cooker, multifunction cooker, yang tempat goreng kentang macam dekat McD tu pun ada tapi semuanya cantik disusun dalam almari.. and jangan harap kau nak dapat guna hahaa

baru-II ni dia pergi beli stove yang gabak besar yang sekali dengan oven.. and what.. yess hanya untuk hiasan haha.. bayar ribu-II hanya untuk hiasan simpan tak guna oh tidak... semak kawasan ja rasa haha.. ada part yang paling best my Ibu ada beli meja makan untuk 8 orang tapi tak boleh duduk sebab situ bahagian hiasan hahaha penuh segala pasu dia letak atas tu hahah so adalah meje kecil sikit untuk kami sekleuarga makan.. and then ibu beli lagi satu meja jugak untuk 8 orang dan itu untuk kegunaan harian..

so kesimpulan disini wanita ni complicated tau.. benda yang dah ada dia takkan guna but dia akan beli satu lagi untuk kegunaan harian yang satu tu untuk hiasan ouhh tidakk.. pelik perangai ibu saya hahaha tak taulah perangai ibu-II hampa semua macam mana kan haha

apa-II pun itulah hiburan untuk dia.. and kepuasan bagi wanita kann.. even aku rasa rumah aku dah macam muzium sebab terlalu banyak barangan antik aku ok jaa asalkan selesa lagi nak bergerak kan.. tapi paling kesian dekat kakak lahh nak kena mengelap segala benda haha well kita tak ada bibik lah katakan so kadang-II aku yang lelaki ni pun kena juga... tapi itu semua ok jaa belajar sikit-II buat kerja rumah tak salahkan haha

so far aku sayang ibu aku abah aku and kakak aku haha hope that kita semua akan bahagia selamanya

Wednesday, 29 June 2016

GRADUATION KOLEJ MATRIKULASI KEDAH

assalamualaikum dan salam sejahtera

so kita throwback sikit pasal graduation day dekat kmk, haaa ni lebih kurang acah jaa lahh dalam tu folder kosong ja pun and kena pulangkan balik pulak folder tu hahahah dapat bakai robe pun kejap jaa sebab robe tak cukup lah katakan hahah so graduation day selalunya berlangsung dekat-II hujung semester.. sebelum final.. "alaa.. tak best lah macam tu " habis tu hang rajin nak p kolej pulak lepas final semata-mata nak buat graduation day haha lecturer pun busy dengan student sesi baru.. so bersyukurlah kolej lain belum tentu ada lagi graduation day ni haha

ni antara pakej yang disediakan oleh resident media kmk lah lepas beberapa hari hamoa dah graduate depa akan tanya sama ada nak buat gambar kelas dak haha so depa bagi hard copy dengan softcopy sekali haha 

depa cakap aku dah macam dekan haha ya lahh aku yang paling besar sekali kan hailah haha

miss azzah cakap hawatlah hampa ni malu-II sangat nak tangkap gambaq haha sopan ja semua huuu.. aku tengok gambar kawan-II aku semua style lah pulak haha kitaorang duduk jaa macam orang kena stroke hahah 

lelaki yang ambil module 3 ini lah hakikatnya sikit naw kaum adam haha 

masa hari graduate robe pun pakai senget sebab kalut sangat nak tangkap gambar kan 

antara kuliah mate haha so far semuanya baik dan gila 

robe ja lah ada mortar dengan hook tak ada lagi haha sebab acah jaa ni hahah bolehlah kan dari tak ada haha 

so far saya graduate dari matric dengan pointer yang nyawa-II ikan sahaja tak gempak macam kawan-II rapat saya yang lain yang lagi gempak dan maha tinggi berbanding aku yang ala kadar ja hahaha tu lah pemalas sangat dekat kolej tutorial kadang buat kadang dak so terima lah hahah

aku sangkut dekat chemist dengan math lah hahaha untu final alhamdulilah bio dengan sc comp dapat A ehh besarkan sikit  A Ok hahah math dengan chemist cukup sekadar lulus sahaja haha 

tapika tapikan aku berbangga juga sikit dengan diri aku sebab mostly kawan-II aku banyak yang merudum sem-II tapi aku lonjak naik wee... haha adalah jugak benda untuk dibanggakan kan kan kan.. hopefully aku dapatlah kos yang aku nak... 

pasal kos lelong.. huu ramai di momokkan dengan benda khurafat ni hahah kos lelong ni terjadi bila awak tak ukur baju dekat badan lahh.. dah sah sah awak tu dapat 2.8o or bla bla and then minta medic or law.. wuishh memang dak lah uni nak ambil sebab tu dia bagi kos yang ntah apa-II dekat awak.. so sebelum buat pilihan upu make sure semak dulu kelayakan dengan result yang kita ada... so disitu dah selamat kan.. 

apa apa pun goodluck kepada semua bakal-II student matrix yaa.. serius matrix life sangat awesome even kadang-II rasa macam penjara tapi dia penjara yang ada happyland haha 
bye.. byee.. byee...

Sunday, 26 June 2016

TEMUDUGA PSYCHOLOGY COUNSELLING UMS

assalamualaikum dan salam sejahtera

HI... rasa macam mengantuk tapi tak boleh tidoq wuu haha dah berapa malam asyik tidoq lewat nih hahah

so nak lah share sikit pasal pengalaman interview course psychology counselling (University Malaysia Sabah)
surat panggilan temuduga, sebelum dipanggil temuduga yang betul saya kena jawab soalan psikometri dulu and kena lulus ujian tu lah... bila dah lulus ujian tu semaklah nama anda di web ums sendiri and dia akan buat shortlist mengikut zon... so hati-II lah yaa..
so diberi pilihan sama ada iv dekat kelantan mahupun KL... dan sudah semestinya lah pilih KL kan.. dah lah baru balik sangat dari kelantan and nak pergi pulak lagi sekali err tak kot haha

so  pergila saya ke shah alam berseorangan dari langkawi dengan menaiki bas dari kuala perlis hahah.. dah berani dah sikit naik bas hahah... masa ni tarikh iv 2 jun 2016 awal bulan dan musim cuti sekolah flight totally mahal gila apak.. and mostly dah sold out hahah

IV ni berjalan di FAKULTI KEJURUTERAAN University Malaya di KL haha so thanks to my elong yang tolong bawakkan ke UM,  sampai kelentong boss cakap ada dekat site kan haha ELONG MASUK KERJA LAMBAT hahah

jadi masa ada dekat sana kami dikuarantinkan dalam conference room sebelum dipanggil.. cara panggilanya aneh sikit haha dia utamakna zon tengah dulu yang zon kelantan last baru dia panggil hahha  so mereputlah dekat situ sampai ke petang.. 

my turned was at 3.00 PM like that lah haha... 

soalan pertama yang ditanya
- Perkenalkan diri anda dan course Psychology Counseling ni pilihan keberapa
- open to current issues..( pendapat awak tentang GST) huu berpeluh kepalah otak nak fikir isi dah macam exam muet dah rasa hahha
- apa ciri-II kaunselor yang ada pada awak
-last soalan membunuh.. kenapa UMS pilihan ketiga dan bukan yang pertama... mostly student bagi alasan parent lah kann hahaha sabah jauh kot

so far semua jalan lancar walaupun entah apa kebenda aku merapu dalam IV room tu haha yang penting confident ja jawab wahahah so far semuanya dalam bahasa melayu... kalau korang jenis buta bahasa melayu boleh ja nak speak in english pun... ahhaha yang interview saya masa tu nama dia PROF NADZRIN hahah macam mana saya boleh tau hahah.. masa nak balik lahh semua orang dah balik an i'm the last one candidate yang duk lepak dekat lobby room fakulti kejuruteraan tu hahah... sementara tunggu elong habi kerja dekat office so kita reputkan diri dulu lahh.. haha
so anyak jugaklah saya dapat sembang dengan prof tu pasal kos psychology ni hahahah  haishh haraplah dapat jumpa prof lagi yaaa... 




haa ni lah fakulti tu haha banyak mat salleh jugak indonesia pun ada haha 



haa ni entrance dia lah and mamat yang perasan tu nama dia azri kuliah mate dekat kolej matrix dulu haha tak sangka dapat iv sekali and aku tak sangka jugak dia pun minta course ni haha nampak macam ganas gila tapi lahai hahaha 

so tercapai lah jugak hasrat aku untuk nak jejak kaki ke university terkemuka di malaysia ni kan hahah walaupun bukan sebagai seorang pelajar hahah... anyway suasana dia best gila masa duk tunggu elong nak mai ambil tu aku nampak attitude diorang yang bagus lahh macam beratur sebelum naik bas hahah dah macam budak sekololah rendah hahah bagus bagus syabas dan tahniah 

SAYA HARAP SAYA DAPAT PERGI JAUH DARI LANGKAWI, MERANTAU MENCARI ILMU DI NEGERI ORANG.. DALAM HADIS PUN ADA CAKAP SURUH KITA TINGGALKAN TEMAT TINGGAL DAN PERGILAH MENUNTUT ILMU SO FAR I HOPE MY IBU WILL UNDERSTAND WHY I'M CHOOSING UMS 








Saturday, 25 June 2016

MAJLIS PENGURUSAN PELAJAR BAHARU KOLEJ MATRIKULASI KEDAH


assalamualaikum dan salam sejahtera

LAST UPDATE PASAL KMK MUNGKIN HAHAH

 2 JUN 2016- kesemua Pembantu Fasilitator mendaftarkan diri di kolej, tapi tidak saya haha, saya daftar 3 jun pagi buta sebelum subuh imsak pun tak masuk lagi hahah.. ya lahh 2 jun i've got interview dekat University Malaya haha, alang-II dah keluar dari langkawi kan so biarlah keluar lama sikit.. al kisahnya dulu tak mohon pun nak jadi PF ni.. tapi last minute dapat offer haha so grab it lahh... bila lagi nak dapat berbakti pada kolej kan... hahah

so PF mendaftarkan diri bebrapa hari awal ahha ya lahh nak kena buat segala mak nenek macam nak sambut raya haha.. kami semua PF ni bertungkus lumus lah pasang banting pasang banner cat tiang packing t-shirt college buat susun atur, penanda arah, untuk pastikan semua jalan lancar sebab menteri pendidikan malaysia nak datang so semua kena perfect lah kan haha

so semuanya berjalan dengan lancar even ada PF yang kena maki denga parent pun still kami lemparkan senyuman haha walaupun hari tu puasa kedua tapi semuanya ok.. even banyak kerahan tenaga dibuat im still fell ok and tak exhausted namatey pun.. mungkin sebab adanya sahabat yang tersayang kot hahah, mungkin jugak sebab psychology kan.. kita senang buat kerja dengan orang yang kita kenal rapat dan sayang kan haha so far it was new experience for me and it was good for me to keep it as sweet moments for us seketul sahabat haha.. susah kan untuk kita nak gather after habis matric kan haha so dengan aktiviti kolej jugaklah kita dapat bersatu balik..






our adik bongsu dalam seketul sahabat haha

hampa mesti tak kenal aku sangatkan budak-II oiii haha tapi aku kenal hampa ahahahha.. ya lahh aku ni duduk belakang tadbir buat kerja simpan data and record hampa semua lah ahahha 

our team dengan fasilitator 


acah lambung motar garduation day lah kononya hahah 
haish sayang hampa semua 

errr tak cukup ahli ni.. haha 

yeahh muka happy sebab esok boleh balik hahahahahha 

97% dari seketul sahabat adalah lagi 3% yang tak join hahaha

nadd please lah jangan comel sangat haha 



1st ramadhan tanpa keluarga nasib ada keluarga tak kandung ni hahahha dapatjugak ubati kerinduan ahahah lawak jugak kami lah manusia last balik kolej sebab teksi tak hado hahah dah lah nak beli air 4 jam tu pun lama hahahha 


tera nak sampai ke pagar pun letih reja selfie tak henti-II hahah 

haaa ya lah depa ni geng pendaftaran aku dengan afif ja tercampak dekat cenderamata hahah lan salam menteri di excited and aku cakap tak kisah ahahah 

ada taklimat so PF duduk belakang main phone ja lah 

haaa ni setiap malam ada post mortem haha kadang kadang berlarutan sampai lewat malam hahah and tengoklah eye bag lan teruk dah hahah 

so ni lah jejaka jejaka yang duk ragaih merat tempat untuk pasang segala banner banting.. cat tiang urut student hahah tak boleh blah paan haha ajk kecemasan hahah student tu lenguh p urut hahahah hang memang terbaik lah paan ni baru PF terbaik hahah


last night dekat kmk so dapatlah sijil dari kmk dan majlis berbuka puasa dekat dewan banquet.. tapikan aku tertanya-tanya sapa yang simpan meja bulat pasemua tu haahh hahaha 
ok caption ni special sikit hahha actually kan.. malam tu aku dah tau yang hampa semua nak buat surprise nih ahhaha come on lah.. aku dah buat benda alah ni dah banyak orang dah hahaha so nak buat dekat tok dalang memang tak kena lahh hahaha alasan pulak ntah papa... since nailah excited ajak buka puasa sama sama dekat aman aku dah boleh agak hahha and last night kita kat kmk perangai hampa semua mencurigakan and suddenly ajak lepak kafe B tetengah malam buta hahahahhahah kononya kawan nik nak mai lah bagaikan hahaha , anyway aku appreciate sangat apa yang hampa semua buat dekat aku hahaha  rasa sodih pulak hahah thank you gaiss sebab dah cipta satu kenangan manis yang akan aku simpan sampai bila-II


"JASAD KITA AKAN TERPISAH TAPI JANGAN HATI KITA  BERPISAH"
LOVE SEKETUL SAHABAT


AKU SAYANG HANG TAPI BUKAN GAY

assalamualaikum dan salam sejahtera

HI.. yaaa.. entry kali ni mungkin emotional sikit.. entah dah tak tau dak luah dekat sapa lagi... luah dalam blog ja lahh..

for the first I know that he is a gay, hidup aku tak tentu arah hari tu, ya mungkin orang cakap aku busy body sebab duk risau pasal hidup dia, walaupun aku ni bukan lah baik sangat tapi aku risau sangat dekt dia , lepas dia declared kata "ya" dia gay , everyday aku nak damping dengan dia, saja-saja aku nak ajak dia makan sekali pergi mana-II sekali.. serius aku tak nak dia jadi macam mana dia yang lepas.. kalau boleh aku nak dia lupa dunia dia yang lalu and jadi normal .. serius aku cakap aku risau dekat dia sangat-II... apa yang dia dah buat memang tu tak boleh diterima akal..

bila dia  ada interview dekat mana-II otak aku dah risau  macam mana dia nanti, dia pernah cakap "once dah jatuh dalam lubang tu.. lubang tu sangat dalam and susah untuk keluar".. dia susah nak tinggalkan dunia LGBT ni.. so dia boleh bertindak di luar jangkaan... ya memang tak terjangka bahawa dia songsang haha nampak macam normal guy tapi hakikatnya hailah... ni pun salah perempuan jugaklah haishh suka mainkan perasaan lelaki..

aku pernah untuk tarik perhatian dia untuk suka aku.. supaya dia tak terlalu jauh tersasar.. tapi apakan daya fizikal aku tak mampu tarik dia lebih lagi.. siap di FriendZone lagi.. hahahha tapi aku rasa dia tau yang aku cuba pikat dia hahahh lawak yang ni haha..

eh kawan kita dah langkah masuk UNI tak lama lagi.. aku pernah berharap untuk nak stay dengan dia nanti haha tapi apakan daya haha dia langit aku awan haha tak lah jauh beza sangat haha ya mungkin rezeki hang di uni yang gempak nanti.. aku mungkin di humban ke mana ceruk nanti kan... entahlah kawan.. aku sendiri pun dah buntu.. aku hanya mampu doa sahajalah agar dia tak terlalu jauh tersasar dan buat perkara yang bukan-II...

dekat uni nanti jaga diri baik-II jangan nak wild sangat haha.. aku rasa aku takkan text dia dengan kerap dah kot nanti.. dia pun bukannya suka sangat orang duk busy body pasal hidup dia hahah..

huuu... tenang lah sikit bila boleh luah dekat sini hahah nak p luah dekat puan Rohaidzan dah duduk jauh.. nak whatsapp tak best hahah apa apa pun untuk kawan aku good luck yaaa.. ingat sayang aku tak ubah seperti seorang abang yang sayanga dik dia walaupun hang kenal dunia dulu sebelum aku hahah

Wednesday, 18 May 2016

KOTA BHARU

assalamualaikum dan salam sejahtera

HELLO HELLO HELLO... HI...

ok hari ni nak share pasal trip ke kelantan wuuu... start nya al kisah trip ke kelantan.. kesinambungan daripada trip langakwi hari tu hahaha trip seketul sahabat lahh....

so trip ni telah dirancang hampir 4 bulan sebelum.. start nya nak buat macam ala-II pengembaraan buddyz lah kononya nak bawa MPV ayah nailah but setelah difikir-fikirkan kos terlalu lebat pulak.. so we all decide to go by public transportation...

so saya memilih untuk terbang ke kelantan.. dari LANGKAWI KE PENANG AND PENANG KE KOTA BHARU

see dari langkawi flight pukul 10.10 and flight nak ke kelantan pukul 5.10 haha mereput jugaklah dekat penang airport haha tapi ok lahh fefeling macam travel jauh sikit kan hahah. actually hari tu ramai yang nak pergi dengan flight tapi depa depa tu lambat sikit booking so tiket dah melambung naik haishh.. tak dak rezeki kata orang kan so saya sendirian lah naik flight... so far okay lahh but fireflyz.. panas lahh.. and banyak gegar gegar.. heheh tak mau naik dah flight ATR lepas ni takut hahaha...

soya or juice..?? tanya pramugari tua tu.. of course  lah juice.. aku ni dah naik pening dahh hailahh hahaha.. so far diorang punya layanan terbaiklah and uniform pun cantik..



Ni frst day lah our journey.. masa ni ana dengan nailah dan tanah dan nana baru sampai haha ana nailah sampai pagi nana dengan tanah petang.. so masa kitaorang sampai first p pasar siti khadijah hahha tapi duduk sat ja sebab panas yang hamat lahh haha well semua ni kan bebudak lagi so apa kejadahnya nak p pasar siti khadijah hahah.. lainlah kalau engkau tu berjiwa mak cik dan pakcik yang gemarkan barangan basah haha

tak ingat dah nama pantai ni .. so far ok lahh pantai langkawi lagi cantik dan meletop hahah but aku suka cucuk-II kat sana so murah hahah kalau kat langakwi paling murah pun RM 2.00
 ni humm bajet retis hahah ntah lah sapa yang tangkap haha dak lah nampak gemuk hailah.. cewah macam lah hang pernah kurus aizat oii..

yang ni masa dekat PCB pantai cahaya bulan.. based on google lah kan... dulu namanya pantai cinta berahi.. haha bunyi pelikan tapi maksud berahi dekat sana adalah suka sangat sangat...


hahah okey no komen.. apa apa pun thanks so much to KUZECK sebab sudi luangkan masa bawak we oulss jalan-II and jadi  wikipedia bergerak hahah u got so much knowledge about kelantan not like ur youngest sister hailahh sedih aku... "nik pun baru tahu" hahah ayat tak leh belah






thanks lagi sebab abang KUZECK lanja makan kat PCB heheh

haa.. terlupa pulak pasal gambar ni haa.. ni 11 mei.. kitaorang celebrate birthday DIN dekat parkson... birthday dia 10 mei tapi kita celebrate 11 sebab baru semua ada hahah.. so DIN im wishing you best of luck in your life.. and good luck for ur relationship.. haha and satu aku tak puas hati pasal hang.. aku baru tau hang anak bongsu hailahh.. scretive sangat lah hang ni..














one of the food that I can't forget it... nasi air dingin... mak aii.. sedap dia lain macam... based on nik cakap lah kan.. nasi di di hantar sampai ke KL malah sabah sarawak.. wu...
apa uniknya nasi ni.. haaa.. kuah dia tu tak letak berasingan dia campur sekali jaa... and nasi dia tak kembang and still fresh lah macam tu wahhh.. tapi kan so hard to get it.. nik abang kuzeck beli masa awal awal sebelum subuh beli dekat vendor di sendiri kot dengan harga RM2.30 masa ni p beli sebab p ambil ana dengn nailah di station bus sebab depa baru sampai.. arghh sedap dia tak terkata... tolong import mai langkawi please.... hahah










it's going to the last day in kelantan... so petang ni Mama NIK sediakan perapan ayam wuuu.. mama nik buat bihun goreng dengan nasi apa ntah hahaha... benda yang rak dapat dilupakan ... masa nak hidupkan arang tu hailahh... nasib ada din sebagai pengkap dulu hahahha...
see.. I was busy that time to choose the chicken hahahah.. din memang terkenal dengan mimik muka yang aneh.. aku ada banyak koleksi gambar mimik muka aneh hafidzuddin hahah











NAMPAK DAK NAMPAK DAK.. TIKET APA TU..  haaa.. tiket BAS lah... sedih sangat time ni sebab kena naik bas.. sebab flight totally harga mahal gila apakk.... so kena kuatkan hati jugak untuk naik bas ni... dah lah first time naik bas.. dan phobia dengan bas.. hailahh.. hanya tuhan ja tahu masa ni.... masa dah beli tiket bas tu ya allah bad mood terus... punya takut... dah lah dimomokkan dengan jalan yang berliku-liku.. and asyik teringat moment dulu-II dekat berita tv3 bas tergelincir dari jalan raya jatuh ke gaung.... 40 terkorban and bla bla bla... masa dah naik nihh cepat2 cuba pejamkan mata.. dengan berbekalkan head rest yang balu dibeli di kaison hahaha wuu best...
masa tengah sedap tidur tu kan... haha mimpi kata naik kereta and then jatuh dalam sawah berkali-II so bila buka mata ya allah aku duk kat jalan liku-II tu.. wuu semangat rasanya... takut dahh.. dalam hati  ni habis segala zikir hafiz hamidun semua keluar hahha.. tapi kann bila dah sampai tu rasa macam ok jugak naik bas.. ni... disamping di yang ekonomi dan agak selesa jugaklahh...
and I arrived at kuala perlis pada pukul 5.00 pagi.. wuu takutnya kalau klau di rompak kaa rogol  ka.. hahaha.. manalah tau kann orang sekarang ni pelik-II sikit wakakak.. cepat-II aku p masjid..  tunggu solat subuh... so lepas ja solat subuh aku terus berlari dengan pantas untuk nak dapatkan tiket... and.. fuck off.. tiket 7.00 pagi sold out... sebab ada group booking... hailahh.. sedih sangat-II so tunggulah next trip 8.15 pagi... and moment nak muntah aku rasa lah kann.. seat aku tu duduk sebelah dengan abang yang badan dia boleh tahan  busuk dia hailahh sabar ja lahhh nasi ada terapi resedung tu dapat jugak aku dapatkan udara segar hahaha..

anyway taht's all for this entry hahah so trip ke kelantan ni banyak mengajar aku untuk berdikari... buat seuanya sendiri and tak terlalu negative kepada orang hahah..

tahanks A lot to family nik sekeluarga sebab dah sara kita orang dekat sana... heheh